PARI-PARI P U T E R I

kamu ; mereka :)

Saturday, August 18, 2012

Cinta dariNya

Arjuna,
Sekian lama aku mencari akan penghuni hati,
Sekian lama aku menanti pemilik hati,
Kini,
Aku temui kau dalam hatiku,
Kini,
Aku izinkan kau menghuni taman cintaku,
Namun,
Ternyata aku hanya bermimpi,
Namun,
Semua ini cuma khayalan sep.

Aku mencintaimu keranaNya,
Aku menyayangimu dengan izinNya,

Arjuna,
Aku ikhlas melepaskanmu,
Cintailah dia yang selayaknya mendapat cintamu,
Percayalah,
Bahagiamu adalah bahagia buatku.

Buat Afi :)

Akasyah

Kebahagiaan yang aku rasakan ini amat indah,
Doa tulusku telah Dia makbulkan,
Senyuman bahagiaku menghiasi wajah ini,
Namun,
Ternyata bahagia itu bukan milikku,
Semuanya diragut dalam sekelip mata,
Nyanyian indah yang aku nantikan,
Suaranya yang telah aku semat dalam hati,
Kini hanya tinggal khayalan,
Kini hanya tinggal kenangan.

Ya Allah,
Aku redha,
Aku pasrah,
Aku ikhlas melepaskan dia pergi dari hati,
Keranya aku masih punyai Engkau,
Pasti ada insan lain yang lebih baik untukku.

Akasyah,
Perkongsian kisah antara kita,
Luahan rasa dalam hati kita,
Bait puisi yang aku ucapkan,
Kata-kata nasihat yang engkau kongsikan,
Tawa riang kita bersama,
Tangisan sayu kita berdua.

Aku gembira mengenalimu,
Aku tulus menyayangimu,
Aku ikhlas mencintaimu,
Dan,
Aku rela melepaskanmu.

Doa tulus dari hati,
PadaNya yang aku cintai,
Cintaku padaNya tidak akan melebihi cintaku padamu,
Kerana hanya Dia cinta sejati dalam hati.

(12.20 a.m - 18/08/2012)

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"