PARI-PARI P U T E R I

kamu ; mereka :)

Tuesday, November 23, 2010

Aku Bukan Kekasihmu

Tangisan cinta tidak berguna lagi ,
Tangisan sayang tidak bererti lagi ,
Tangisan rindu tidak akan ada lagi ,

Percuma saja kau buang waktumu untukku ,
Percuma saja kau layan aku selalu ,
Percuma saja kau buat aku mencintaimu ,

Kerana akhirnya kau pergi dariku ,
Kerana akhirnya kau memilih dia ,
Kerana akhirnya kau tinggalkan aku ,

Aku sedar aku cuma kekasih sementara ,
Aku tahu dia lebih bermakna ,
Aku sedar bahawa kau bukan milikku ,

Bukan aku bermaksud mengganggumu ,
Bukan aku bermaksud merampasmu ,
Bukan aku bermaksud menyakitimu ,

Kekasihmu lebih memerlukanmu ,
Kekasihmu lebih menyayangimu ,
Kekasihmu lebih mencintamu ,

Tangisanku Percuma saja Kerana Aku Bukan Kekasihmu .

by ,
Pari-Pari Puteri :)

Sunday, November 7, 2010

KAYILAN 01

Suasana di sana amat nyaman , ada beberapa makhluk yang sama dengan Pari-Pari Dewi dan Pari-Pari Puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arah kami . Mereka mempunyai pelbagai warna yang cantik dan unik . Cuma sayap mereka tidak berkilat seperti dua Pari-Pari ini .



"Kita sudah sampai . Selamat datang ke istana kami ." Kata Pari-Pari Dewi sambil tersenyum manis . Istana itu terletak di bahagian paling tinggi pada pokok itu . Dari atas aku dapat melihat hampir keseluruhan Kayilan .

"Kenapa kawasan di sebelah sana cerah ?" Soalku kerana aku merasakan sesuatu yang aneh .

"Di sana adalah puak Quella .. Kawasan mereka memang cerah dan panas .."Kata Pari-Pari Puteri .

"Puak Quella sama seperti kamu ?" Soalku .

"Tidak, mereka tidak mempunyai sayap seperti kami . Tetapi mereka mempunyai tangan & lidah yang panjang . Lidah mereka boleh membelit apa-apa saja . Tangan mereka sangat pantas ." Kata Pari-Pari Dewi pula .

"Mereka puak jahat ?" Soalku .

"Dulu mereka adalah puak yang baik . Tetapi setelah kejadian 100 tahun lalu semuanya berubah ." Kata Pari-Pari Puteri .

"Apa yang terjadi pada 100 tahun yang lalu ?" Soalku .

"Salah seorang raja dari puak itu mencintai Puteri Rama-Rama yang terkenal dengan kecantikkannya . Malangnya Puteri Rama-Rama tidak mencintai raja itu , baginda mencintai makhluk lain . Sehingga kini tidak ada yang tahu siapa yang Puteri Rama-Rama cintai ." Kata Pari-Pari Dewi .

"Maksudnya , Puteri Rama-Rama sudah tua lah ya ?" Soalku .

"Tidak , Puak Butterfly adalah salah satu puak yang sangat cantik . Umur mereka hanya akan bertambah setiap 10 tahun . Bayangkan , jika semasa 100 tahun lalu umur baginda Puteri Rama-Rama baru mencecah 16 tahun."Kata Pari-Pari Puteri pula .

" Ouh , maksudnya sekarang umur baginda baru mencecah 26 tahun la kan ?" Soalku .

"Ya .." Balas Pari-Pari Puteri sambil tersenyum .

"Mudanya ! Mesti cantikkan .." Aku tersenym memandang dua Pari-Pari dihadapanku .

"Sangat cantik . Sayapnya berwarna warni . Kalau kamu lelaki , pasti kamu akan jatuh cinta padanya ."Kata Pari-Pari Puteri .

"Bila saya boleh berjumpa dengannya ?" Soalku .

Thursday, November 4, 2010

KAYILAN

"Aku sudah ada GF baru , tak payah kau cari aku lagi lepas ni ."
"Tapi kenapa kau buat aku macam ni ?"
"Dia jauh lebih cantik , matang & baik dari kau."
"Jadi selama ni ?"
"Aku bosan dengan kau . Sudahlah , aku malas cakap banyak . Aku pergi dulu ."
"Tapi , tunggu !!" Ema menjerit memanggil BFnya .

Barsama tangisan dia berlalu dari situ . Sepanjang malam dia menangis . Akhirnya dia memberhentikan keretanya di sebuah taman . Bersama tangisan dia duduk di bawah sebatang pohon rimbun . Dia tunduk memeluk kedua lututnya sambil menghamburkan tangisan duka . Apabila dia mengangkat kepalanya , tiba-tiba ....

'Aku di mana ?' Bisik hatinya .
'Aku tidak pernah nampak tempat ini .' Jantungnya mulai berdegup kencang . Dia bangun dari tempat duduknya . Semakin pelik kerana dia terlihat sebuah kolam yang cantik bersinar pantulan cahaya bulan . Bulan penuh malam itu , seolah-olah hampir dengannya .
'Besarnya bulan !' Bisiknya . Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi seperti berbisik di sebalik daun.
"Siapa ?" Tanyanya sambil melihat kearah pokok besar yang mempunyai daun rimbun itu . Tiada jawapan . Dia terlihat dua cahaya . Satu berwarna merah jambu , satu lagi kekuninggan .
"Siapa ?" Laungnya lagi . Dia cuba untuk menghampiri pokok itu . Dia terdengar suara berbisik itu semakin kuat . Semasa dia mengangkat daun itu dia terlihat dua makhluk kecil berwarna kuning dan merah jambu . Mereka sedang membelakanginya sambil berbisik . Makhluk itu mempunyai sayap yang nipis berkilat seperti taburan glitter . Satu merah jambu satu lagi kuning keemasan . Tiba2 makhluk itu menoleh kearahnya . Cantik , comel , lawa ! Itulah yang pertama tafsiran yang dapat dia buat . Dengan muka terkejut , kedua2 makhluk itu menjerit .

"Keranapara diriara tiringuruk kiritara ? Karandara , Aradirindara tarakurut !" Kata makhluk berwarna merah jambu .
"Erentarah ! Tarapiri diriara maracaram barairik sarajara . Diriara seredarag bereseredirih ." Kata makluk berwarna kuning sambil memandang kearahku .
"Apa kamu cakap ni ? Saya tak faham ." Kataku .
"Diriara burukaran darariri sirinirilarah karandara ." Kata makhluk merah jambu lagi . Makhluk kuning itu menghulurkan tangannya . Aku menyambut tangannya yang kecil itu . Dia membawa ak ke arah kolam yang cantik itu . Dia membuat isyarat minum kearah ku . Aku minum air itu seperti yang dia suruh .
"Awak dah okey ?" Soalnya .
"Ya , sedikit segar ."Kataku . Tiba-tiba ...
"Eh , awak boleh bercakap seperti saya ?" Aku agak terkejut mendengar cara percakapannya .
"Sebenarnya awak yang bercakap seperti kami . Sebab awak telah minum air dari kolam itu ."Katanya sambil tersenyum . Makhluk berwarna merah jambu hanya diam sambil tersenyum .
"Nama beta Pari-pari Dewi . Ini adik beta , Pari-pari Puteri . Selamat datang ke dunia kami . Dunia Kayilan .
"Dunia Kayilan ? Dunia apa tu ?"Soalku .
"Dunia Kayilan adalah dunia magik . Semua yang ada di sini mempunyai keistimewaan tertentu . Kaum Pari-Pari mempunyai keistimewaan terbang tinggi , pantas dan bijak ." Kata Pari-pari Puteri .
"Mari ikut beta ke istana . Kamu nampak letih dan tidak bermaya . Kamu perlukan rehat yang cukup ." Kata Pari-pari Dewi sambil tersenyum . Tiba-tiba cahaya terang berwarna pelangi muncul dan sekelip mata saja aku dan dua pari-pari tadi berada di depan sebuah pokok yang besar dan rimbun . Pokok itu mempunyai banyak akar berjuntai .
"Makan daun ini ." Arah Pari-pari Dewi padaku . Lalu aku tanpa banyak cakap mengikut rahannya . Tiba-tiba badanku mengecil sama seperti mereka . Ada dua sayap kecil berwarna putih di belakangku .
"Saya seperti kamu ."Kataku . Mereka hanya tersenyum .
"Kamu harus kelihatan sama seperti kami . Jika tidak pasti Kanda Dewa akan marah kerana kami membawa kamu pulang ." Aku hanya tersenyum . Sambil cuba untuk terbang .
"Kamu belum boleh terbang . Kamu perlu berlatih dahulu . Kami akan mengajar kamu esok ."Kata Pari-pari Puteri . Mereka memegang tanganku dan membawaku terbang .

****************************