PARI-PARI P U T E R I

kamu ; mereka :)

Friday, December 16, 2011

Hanya dalam mimpi

   Online , perkara biasa yang sering dilakukan oleh remaja seperti aku . Facebook , Youtube & macam-macam lagi . Semuanya seakan - akan perkara wajib buat sang remaja . Pasti kalian kenal akan Encik Mimpi kan ? Ouh , aku seakan-akan terlah jatuh cinta terhadapnya . Setiap hari pasti saja aku mahu mendengar suaranya . Lawak gila dia tu . Kalaulah aku dapat jumpa dia , kalaulah aku dapat jadi Girlfriend dia . Akulah gadis paling bahagia dalam dunia ni ! *melampau .

  Perkara biasa kalau aku tertidur depan lappy . Sebab aku suka sangat online samapai subuh . Selalunya lepas solat subuh baru aku tidur . Pengganggur macam aku memang macam tu . Hek hek ! Hari-hari aku lawat Encik Mimpi dan dengar suaranya . Aku betul-betul cair tau ! Kalaulah aku ni Girlfie dia . Semua orang tahu yang aku minat gila dengan dia . Minat yang bukan sekadar minat , silap-silap hari bulan aku jatuh cinta dengan dia . Sepupu sepapat aku semua tahu yang aku minat dia . Termasuklah seorang sepupu lelaki aku yang seolah-oleh sedaya upaya menghalang minat aku . *Eleh , cemburulahtu :3

   Aku bengang gila la dekat sepupu aku tu . Adakah patut dia cakap Encik Mimpi tak akan nak dekat aku . Weii , sentap hati aku . Sehari kot aku tak nak makan . Terpaksa juga la sepupu aku tu pujuk aku . Tu pun lepas mak aku bising-bising kat dia . Sepupu aku cakap aku mesti terima sebarang kenyataan kelak . Dia cuma tak nak tengok aku tertonggeng sebab cinta tak kesampaian . Dalam hati aku 'Apakah bangang sepupu aku ni ? Aku bukan cinta lelaki tu pon , tapi ada la sikit-sikit kot' Hek Hek !

   Hari ni keputusan SPM keluar . Fuhh , alhamdulillah . Kira ok la kot . HAHAHA . Sepupu aku yang agak bangang tu memang buat aku bangang la . Apasal dia boleh dapat semua A hah ?! Benci ! Okey , lupakan tentang sepupu aku . Aku sebenarnya nak cerita ni . Malam tadi aku mimpi jumpa Encik Mimpi wei ! Aku cuma nampak tempat tu jew , muka badan semua tak nampak . Suara dia jew yang tak habis-habis menusuk lobang telinga aku ni . Aku pun bangang gila sebab tak pergi ikut suara tu . Kalau aku cari kan aku jumpa . Tapi malam tu aku duduk jew dengar dia nyanyi . Sakit gak hati aku sebab tak dapat tengok muka dia . Suara ja hari-hari nak angan-angan kawin pun susah .

   Sepupu aku tu betul-betul la bikan kepala hotak aku bangang . Adakah patut dia cakap EM dah kahwin la , dah ada girlfriend la . Masalahnya aku tak kisah pon ! *sbnrnya ada la juga sikit2 :3 Tapi tu kan hak dia . Aku ni apa la sangat . Aku tengok dari jauh jew , tapi masalahnya TENGOK pun aku tak dapat ! Perghh ! Menyirap ! Aku tak tahu pun dia siapa , suara jew aku pernah dengar . Sedih gila okeh . Tapi aku tak kisah . Yang penting aku bahagia dengar suara dia . *ee , geli ! ahahaha

  Satu hari tu tiba-tiba sepupu aku ni datang jumpa aku , dia cakap la yang dia sebenarnya kenal dekat EM tu . Dan dia cakap yang EM nak jumpa aku !! Korang bayangkan jew la apa aku rasa . Perghhh ! Sejuk gila tangan kaki aku semua . Aku cakap dekat sepupu aku , aku nak sangat jumpa dia ! Sepupu aku bawa aku pergi rumah dia . Aku pun bangang-bangang la kenapa nak pergi rumah dia pula !

  Lepas tu dia ambik gitar , dia duduk depan aku . Aku pelik la then dalam hati menyumpah-nyumpah dah . Dia ni main-mainkan aku or apa ? Lepas tu sepupu aku nyanyi ! Aku betul-betul tak sangaka suara sepupu aku sedap gila ! Perghh ! Lama-lama baru aku sedar sesuatu .

WEIIIII ! SEPUPU AKU ENCIK MIMPI !!!!!!

  Aku bangang sangat dah waktu tu . Malu weh ! Sepupu sendiri yang aku tergila-gila sangat . Euww ! Malu weh ! Aku marah gila dekat sepupu aku tu . Memang marah sangat ! Tiba-tiba ..

  Huh ? Aku mimpi ? ==' Badan aku berpeluh-peluh sangat lepas bangun tidur tu . Aku mimpi sepupu aku jadi EM ! Hak Hak Hak ! Sungguh tak logik . Ni mesti sebab dia selalu sangat larang aku suka EM , tu la aku sampai mimpi macam ni . Huh , lega . Nasib mimpi jew ! Muahahahaha

p/s : Aku boring , aku buat la cerita mengarut ni . BAI .

Thursday, December 1, 2011

Permintaan sang hati



Sebuah cinta yang tak termiliki ,
Sebuah kasih yang tak tercapai ,
Sebuah ikatan yang terlerai ,
Sebuah angan yang pecah berderai ,
Andai air mataku jatuh kali ini ,
Andai kini senyumanku mati ,
Andai tawaku terkubur tika ini ,
Aku hanya inginkan kebahagiaan .
Agar semuanya kembali seperti sedia kala ,
Aku ingin bebas seperti sang rama-rama di luar sana ,
Aku benci terikat begini ,
Aku benci dengan kepura-puraan ini ,
Senyum dan tawaku hanyalah lakonan sang anak wayang ,
Kerana hatiku tiada dalam jasadku .

07:05:01 pm , 09/10/2011

Friday, November 25, 2011

Kecantikan itu bukan milikku , ianya milik Allah


Wanita itu mempunyai pelbagai ragam ,
Ada yang sukakan kemewahan , 
Ada yang sukakan kecantikan ,
Ada yang sukakan kesederhanaan .

Wanita manakah anda ?

Kecantikan ?
Cantik , andai sang wanita itu di bilang cantik . Pasti hatinya berbunga kan ? Tetapi , kecantikan itu tidak akan kekal . Hal ini kerana semuanya milik Allah . Andai suatu hari nanti Allah ingin mengambil kecantikannya , pasti saja kecantikan itu akan hilang . Oleh itu , lebih baik kita mencantikkan akhlak kita . Perkara ini lebih penting daripada mencantikkan paras wajah yang pastinya tidak akan kekal .

Kemewahan ?
Mewah , hidup di dunia ini kadangkala membutakan mata hati . Ada sesetengah wanita yang amat suka akan kemewahan . Sampai ada yang sanggup menipu dan menjual maruah mereka demi kemewahan dunia . Kasihan kepada lelaki-lelaki yang menjadi mangsa , kasihan mereka . Habis harta dan wang mereka telah dirampas oleh wanita sebegini . Semua ini tidak akan kekal , semuanya milik Allah . Adai suatu hari nanti Allah ingin menarik kembali kemewahan itu , boleh saja sang wanita itu menjadi gila .

Bersederhanalah .
Sederhana , biar cantik pada pandangan Allah dan sang suamimu wahai wanita , biar mewah dengan ilmu dan biar cantik akhlakmu . Jangan menyusahkan diei mengejar kecantikan dan kemewahan , semua itu milik Allah , kita hanya meminjamnya sahaja . Sedarlah .

Cantik , tidak semestinya hanya pada paras rupa :)

Love ,

Kerana kau bukan milikku lagi

Kadangkala aku bingung ,
Kadangkala aku mengerti ,
Aku , kau dan dia ,
Sedaya upaya akan aku terima ,
Si dia yang kau cinta ,
Sedaya upaya akan aku sayang ,
Seperti sayangmu terhadapnya ,
Cinta itu amat sakit bukan ?
Cinta juga amat pahit kan ?
Cinta juga boleh mengasyikkan ,
Aku benci menoleh ke arah cinta ,
Kerana aku yakin kau akan pergi juga .

Kata-kata di atas aku tulis ketika kau baru sahaja meninggalkan aku , aku simpan baik-baik di dalam sebuah buku . Hari ini , hari ulang tahun kita yang ke-3 tahun . Aku buka kembali buku lama ini dan aku baca satu persatu . Kenangan kita bersama .

Cintaku , aku mencintamu . 
Aku menyayangimu .
Aku tak akan pernah meninggalakanmu .
Aku janji wahai cintaku .

Kadangkala , kata-katamu itu membuat aku di awang-awangan . Tapi , kadangkala . Semua itu menyakitkan , kata-kata yang hanya terbit dari mulutmu , malangnya bukan dari hatimu . Entahlah , kenapa aku sedar selepas kau pergi ?

Kini , kau bahagia bersamanya . Kini , kau tersenyum bangga mempunyai dia . Dan aku ? Masih sendiri tanpa ada penggantimu . Bukan kerana tidak ada yang mahu . Tapi hatiku seolah-oleh tidak mempu untuk mencintai yang lain lagi . Hatiku sudah terlalu sakit dan punah tika cinta yang aku pertahankan selama ini kau musnahkan . Sudahlah , biar cinta buatku datang sendiri . Aku sanggup menunggu sehingga pemilik tulang rusukku datang padaku .


Sunday, September 25, 2011

kerana sayangku

Perkenalan ini terlalu singkat , 
sama sekali tidak ada dalam anganku , 
kau hadir di saat hatiku sudah termiliki , 
dan atas dasar itu hatiku menolak kehadiranmu , 
kau setia menemaniku memecah penghujung hari , 
hingga aku lalai dalam membilang waktuku , 
selesa diriku ditemani olehmu waktu itu , 
seolah-olah hidupku hanya ada kita berdua , 
sayangnya tika ungkapan sayang kau luahkan , 
aku gagal untuk membalasnya , 
bukan kerana sayang itu tiada , 
tetapi kerana aku tidak mahu ada yang kecewa .


♥ p/s : ak suda buat khas utk kw . hehe , seperti yg kau minta ;)

Thursday, June 30, 2011

Adakah itu cinta ?

Perit hati ini untuk melupakanmu ,
Sakit hati ini ketika ingat akan kamu ,
Tersungkur diri ini ketika menerima kehilanganmu ,
Rebah diri ini ketika sakit merinduimu .

Aku sayang kamu sama seperti dulu ,
Aku cinta kamu kekal sampai kini ,
Aku rindu kamu setiap saat nafas ini ,
Aku membenci kamu pada setiap hari-hariku .

Semua ini aku simpan sendiri ,
Semua ini aku pendam dalam hati ,
Semua ini aku ungkapkan pada cermin yang bisu .
Semua ini aku tangisi pada Dia yang satu .

Janji hanya tinggal janji ,
Kata-katamu bagai angin yang berlalu ,
Semua sumpah setiamu hanya palsu ,
Apa kau hanya mempergunakan aku ?

Wednesday, May 4, 2011

Berkorban untuk orang tersayang

Aku koyak sehelai kertas dari diariku maka ku tulis :

Tugu cinta yang dulunya utuh kini telah roboh , sama seperti cinta kita yang dulunya teguh dan megah . Kini setelah aku sujud kepada-Nya memohon ketenangan dan keikhlasan dalam membuat keputusan itu , aku merasakan bahagia dan tenang sekali . Tangisan yang dulunya pilu kerana kehilanganmu kini telah berganti dengan tangisan gembira melihat kebahagiaanmu . Sungguh , ini jujur dari lubuk hatiku . Aku bahagia melihatmu bahagia . Kerana aku tahu , cinta tidak seharusnya memiliki dan cinta itu perlukan sebuah pengorbanan . Meskipun sakit dan pedih hati ini untuk membuat keputusan itu , namun demi cinta suci yang ikhlas dari hati , aku rela melepaskanmu bersamanya . Karana aku tahu , dia lebih layak untuk mendapat cintamu dan lebih layak mencintaimu . Tidak seperti aku , gadis biasa yang tidak punya apa-apa , gadis biasa yang tidak secantik dia , gadis biasa yang hanya tahu setia . Kesetiaanku tidak akan dapat menggugat cintamu padanya , sama sekali tidak . Dan aku sedar kenyataan itu . Syukur Alhamdulillah kerana dia juga mencintaimu sepertiku . Dan mungkin dia lebih mencintaimu dariku . Tolong jangan sakiti dia , tolong jangan hampakan hatinya seperti kau menghampakan hatiku . Cukup cuma aku yang merasa sakit itu , cukup cuma aku yang menanggung pilu . Alhamdulilah , kini tiada lagi rasa ngilu di hati . Alhamdulillah , kini tiada lagi rasa cemburu menusuk hatiku . Aku bahagia melihat senyumanmu , aku bahagia melihat tawamu , aku bahagia melihat kau gembira bersamanya . Itulah cinta yang selama ini aku cuba ungkapkan , itulah cinta yang selama ini aku tunjukkan , itulah cinta yang selama ini aku cuba nyatakan . Akhirnya kini , aku berjaya membuktikan cintaku padamu . Iaitu dengan MERELAKAN KAU PERGI BERSAMANYA , MENGIKHLASKAN HATIKU DALAM MENERIMA DIA DAN BERKORBAN HATI DAN PERASAAN UNTUKMU orang yang selama ini aku cintai dan miliki . Pengorbanan cinta yang aku lakukan hanya sedikit . Aku tahu , dia akan lebih banyak berkorban unutukmu kerana dia lebih menyayangimu :')


Diari itu ku tutup dan kertas itu aku masukkan kedalam sampul surat ungu . Itu adalah surat yang ke-29 aku tulis buatnya , tetapi semuanya hanya tersimpan di dalam sebuah kotak putih :')


Ikhlas buat Kakak dan Abangku yang tersayang :)

Tuesday, May 3, 2011

Kata Hati

Kau tidak akan pernah percaya bahawa cinta itu membutakan .
Kau tidak akan pernah sedar cinta itu sukar untuk diungkapkan .
Kau tidak akan pernah tahu betapa sukarnya memiliki cinta .
Dan kau adalah orang yang salah kerana telah mengabaikan cinta .
Aku berkata bukan sekadar hiasan .
Aku menulis dengan hati dan perasaan .
Aku mengungkapkan cinta dengan penuh keikhlasan .
Aku selalu setia dengan cinta yang engkau berikan .
Mungkin kau tidak lagi memanggil aku dengan panggilan 'Cintaku'.
Mungkin telah ada insan lain di hatimu .
Mungkin juga aku hanya persinggahan .
Atau mungkin bagimu hatiku hanya permainan .
Aku tidak pernah merasa sesakit ini .
Aku tidak pernah merasa kosong begini .
Aku cuma ingin jawapan yang pasti .
Sama ada cinta atau sekadar halusinasi ?

-28.04.2011 - 22.09 -