PARI-PARI P U T E R I

kamu ; mereka :)

Friday, December 24, 2010

Coretan Terakhir

Setiap malam jika aku sendirian aku akan teringat kamu . Pasti saja aku akan teringat kenangan kita bersama . Tiga tahun bukan sekejap untuk aku melupakan mu , tapi saat aku kehilanganmu aku rasakan seperti baru semalam kita berpisah . Sekelip mata saja aku sudah kehilangan cintamu . Mungkin saja cinta yang selama ini kau ungkapkan adalah cinta palsu semata-mata . Mungkin juga aku terlalu polos untuk menilai cinta itu palsu atau nyata . Maaf jika cintaku terlalu besar untukmu . Maaf juga jika ak terlalu setia sehingga kau bosan dengaku . Aku akui , memang sakit untuk melupakanmu . Aku akui memang pedih kehilanganmu . Namu aku juga akui , bukan hanya kau lelaki yang bisa membahagiakanku . Allah itu maha adil , setelah kau tinggalkan aku dengan seribu satu keperitan , Dia hadiahkan aku dengan sebuah kebahagiaan . Mungkin aku belum mencintainya seperti aku mencintai kamu . Tapi aku amat bersyukur kerana dia juga tidak pernah memaksa aku untuk mencintainya .

Kau tahu , kau adalah lelaki pertama yang aku cintai . Dan cinta pertama amat sukar dilupakan . Bagaimana jika cinta itu tetap segar dihatiku walau sehingga akhir hayatku ? Apa aku akan memilikimu ? Atau aku terpaksa tersenyum palsu disaat kau bahagia bersamanya ? Tika kau lihat aku tersenyum memandangmu , percayalah bahawa sebenarnya aku menangis menahan pilu . Pabila kau melangkah menghampiriku , aku akan berundur meninggalkanmu . Kerana aku sudah berjanji bahawa , aku akan pergi darimu .

Dulu , semasa kita bersama . Hampir setiap malam kau akan mendengar suaraku . Walau untuk 30 saat sekalipun . Kerana tidurmu tidak akan lena tanpa suaraku . Pernah di suatu pagi , kau menghubungiku kerana kau tidak bisa untuk melelapkan matamu . Semuanya kerana aku tertidur lebih awal dan tidak menghubungimu . Maaf sayang . Kini , aku sering terfikir tentang itu . Lenakah tidurmu tanpa suaraku ? Atau kata-katamu itu hanya palsu ? Sudahlah , cukup aku kau buat begitu .

Kita sering berjanji itu dan ini . Kadangkala kau marah kerana aku tidak menepati janji . Aku sedar kesalahanku . Maaf sekali lagi . Tapi , sedarkah engkau bahawa semua janjiku telah aku tunaikan . Mungkin mengambil masa yang agak lama . Aku berjanji akan pergi berjumpa keluargamu seperti yang kau minta dulu . Malangnya aku tidak boleh kesana kerana ada urusan keluarga yang lebih penting . Namun kini , aku telah berjumpa keluargamu . Aku telah pergi ke rumahmu seperti janjiku dahulu . Terkilan . Aku terkilan kerana berjumpa mereka setelah kau meninggalkanku . Tapi , setelah aku mendengar suaramu mengucapkan Terima Kasih kepadaku semua itu lenyap sekelip mata . Terima Kasih aku ucapkan buat keluargamu kerana menerima aku walau kita sudah tidak bersama . Aku amat bersyukur dan terharu .

Kini , aku sudah hampir berjaya menerima kenyataan bahawa kau lebih memilih dia . Mungkin juga dia lebih baik dari aku ? Mungkin dulu aku cepat cemburu , begitu juga dengan kamu . Dan sekarang dia yang kau pilih lebih terbuka . Begitu juga dia yang menyayangiku , dia lebih terbuka menerima aku apa adanya . Mula-mula aku kira dia mempermainkanku , mungkin kerana dulu kau terlalu menjaga aku sehingga berkawan dengan lelaki lainpun akan menjadi amarahmu . Tapi dia amat berbeza , dia tidak melarangku seperti kamu . Tetapi dia menyuruh aku membezakan layanan antara kawan dan dia .

Malangnya aku masih tidak dapat melupakanmu , airmataku masih menitis keranamu . Tapi , kejadian-kejadian yang berlaku padaku membuat aku lebih keras hati . Mungkin sifat itu boleh membuat aku lebih kuat menerima kenyataan ? Atau , ianya akan menjadikan aku lebih sakit lagi ? Entahlah . Aku hanya dapat berdoa agar semuanya baik-baik saja dan semoga kau bahagia disamping dia . Kerana mulai esok aku tidak lagi mengharapkanmu .

Love ,
cinta291138
2812017

Diary itu aku tutup . Mungkin ini adalah coretan terakhirku . Kerana esok 29012017 , aku akan melangsungkan perkahwinanku bersama dia yang mencintaiku . Kenangan-kenangan itu tetap aku simpan rapi di dalam hati .

"Tir , ummi panggil ."Pintu bilikku diketuk , kedengaran suara sepupuku Wani memanggilku . Esok hari bahagiaku . Semoga aku menjadi Anak , Isteri dan Ibu yang baik buat orang-orang yang aku sayangi .

No comments:

Post a Comment