PARI-PARI P U T E R I

kamu ; mereka :)

Friday, December 24, 2010

Coretan Terakhir

Setiap malam jika aku sendirian aku akan teringat kamu . Pasti saja aku akan teringat kenangan kita bersama . Tiga tahun bukan sekejap untuk aku melupakan mu , tapi saat aku kehilanganmu aku rasakan seperti baru semalam kita berpisah . Sekelip mata saja aku sudah kehilangan cintamu . Mungkin saja cinta yang selama ini kau ungkapkan adalah cinta palsu semata-mata . Mungkin juga aku terlalu polos untuk menilai cinta itu palsu atau nyata . Maaf jika cintaku terlalu besar untukmu . Maaf juga jika ak terlalu setia sehingga kau bosan dengaku . Aku akui , memang sakit untuk melupakanmu . Aku akui memang pedih kehilanganmu . Namu aku juga akui , bukan hanya kau lelaki yang bisa membahagiakanku . Allah itu maha adil , setelah kau tinggalkan aku dengan seribu satu keperitan , Dia hadiahkan aku dengan sebuah kebahagiaan . Mungkin aku belum mencintainya seperti aku mencintai kamu . Tapi aku amat bersyukur kerana dia juga tidak pernah memaksa aku untuk mencintainya .

Kau tahu , kau adalah lelaki pertama yang aku cintai . Dan cinta pertama amat sukar dilupakan . Bagaimana jika cinta itu tetap segar dihatiku walau sehingga akhir hayatku ? Apa aku akan memilikimu ? Atau aku terpaksa tersenyum palsu disaat kau bahagia bersamanya ? Tika kau lihat aku tersenyum memandangmu , percayalah bahawa sebenarnya aku menangis menahan pilu . Pabila kau melangkah menghampiriku , aku akan berundur meninggalkanmu . Kerana aku sudah berjanji bahawa , aku akan pergi darimu .

Dulu , semasa kita bersama . Hampir setiap malam kau akan mendengar suaraku . Walau untuk 30 saat sekalipun . Kerana tidurmu tidak akan lena tanpa suaraku . Pernah di suatu pagi , kau menghubungiku kerana kau tidak bisa untuk melelapkan matamu . Semuanya kerana aku tertidur lebih awal dan tidak menghubungimu . Maaf sayang . Kini , aku sering terfikir tentang itu . Lenakah tidurmu tanpa suaraku ? Atau kata-katamu itu hanya palsu ? Sudahlah , cukup aku kau buat begitu .

Kita sering berjanji itu dan ini . Kadangkala kau marah kerana aku tidak menepati janji . Aku sedar kesalahanku . Maaf sekali lagi . Tapi , sedarkah engkau bahawa semua janjiku telah aku tunaikan . Mungkin mengambil masa yang agak lama . Aku berjanji akan pergi berjumpa keluargamu seperti yang kau minta dulu . Malangnya aku tidak boleh kesana kerana ada urusan keluarga yang lebih penting . Namun kini , aku telah berjumpa keluargamu . Aku telah pergi ke rumahmu seperti janjiku dahulu . Terkilan . Aku terkilan kerana berjumpa mereka setelah kau meninggalkanku . Tapi , setelah aku mendengar suaramu mengucapkan Terima Kasih kepadaku semua itu lenyap sekelip mata . Terima Kasih aku ucapkan buat keluargamu kerana menerima aku walau kita sudah tidak bersama . Aku amat bersyukur dan terharu .

Kini , aku sudah hampir berjaya menerima kenyataan bahawa kau lebih memilih dia . Mungkin juga dia lebih baik dari aku ? Mungkin dulu aku cepat cemburu , begitu juga dengan kamu . Dan sekarang dia yang kau pilih lebih terbuka . Begitu juga dia yang menyayangiku , dia lebih terbuka menerima aku apa adanya . Mula-mula aku kira dia mempermainkanku , mungkin kerana dulu kau terlalu menjaga aku sehingga berkawan dengan lelaki lainpun akan menjadi amarahmu . Tapi dia amat berbeza , dia tidak melarangku seperti kamu . Tetapi dia menyuruh aku membezakan layanan antara kawan dan dia .

Malangnya aku masih tidak dapat melupakanmu , airmataku masih menitis keranamu . Tapi , kejadian-kejadian yang berlaku padaku membuat aku lebih keras hati . Mungkin sifat itu boleh membuat aku lebih kuat menerima kenyataan ? Atau , ianya akan menjadikan aku lebih sakit lagi ? Entahlah . Aku hanya dapat berdoa agar semuanya baik-baik saja dan semoga kau bahagia disamping dia . Kerana mulai esok aku tidak lagi mengharapkanmu .

Love ,
cinta291138
2812017

Diary itu aku tutup . Mungkin ini adalah coretan terakhirku . Kerana esok 29012017 , aku akan melangsungkan perkahwinanku bersama dia yang mencintaiku . Kenangan-kenangan itu tetap aku simpan rapi di dalam hati .

"Tir , ummi panggil ."Pintu bilikku diketuk , kedengaran suara sepupuku Wani memanggilku . Esok hari bahagiaku . Semoga aku menjadi Anak , Isteri dan Ibu yang baik buat orang-orang yang aku sayangi .

Tuesday, November 23, 2010

Aku Bukan Kekasihmu

Tangisan cinta tidak berguna lagi ,
Tangisan sayang tidak bererti lagi ,
Tangisan rindu tidak akan ada lagi ,

Percuma saja kau buang waktumu untukku ,
Percuma saja kau layan aku selalu ,
Percuma saja kau buat aku mencintaimu ,

Kerana akhirnya kau pergi dariku ,
Kerana akhirnya kau memilih dia ,
Kerana akhirnya kau tinggalkan aku ,

Aku sedar aku cuma kekasih sementara ,
Aku tahu dia lebih bermakna ,
Aku sedar bahawa kau bukan milikku ,

Bukan aku bermaksud mengganggumu ,
Bukan aku bermaksud merampasmu ,
Bukan aku bermaksud menyakitimu ,

Kekasihmu lebih memerlukanmu ,
Kekasihmu lebih menyayangimu ,
Kekasihmu lebih mencintamu ,

Tangisanku Percuma saja Kerana Aku Bukan Kekasihmu .

by ,
Pari-Pari Puteri :)

Sunday, November 7, 2010

KAYILAN 01

Suasana di sana amat nyaman , ada beberapa makhluk yang sama dengan Pari-Pari Dewi dan Pari-Pari Puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arah kami . Mereka mempunyai pelbagai warna yang cantik dan unik . Cuma sayap mereka tidak berkilat seperti dua Pari-Pari ini .



"Kita sudah sampai . Selamat datang ke istana kami ." Kata Pari-Pari Dewi sambil tersenyum manis . Istana itu terletak di bahagian paling tinggi pada pokok itu . Dari atas aku dapat melihat hampir keseluruhan Kayilan .

"Kenapa kawasan di sebelah sana cerah ?" Soalku kerana aku merasakan sesuatu yang aneh .

"Di sana adalah puak Quella .. Kawasan mereka memang cerah dan panas .."Kata Pari-Pari Puteri .

"Puak Quella sama seperti kamu ?" Soalku .

"Tidak, mereka tidak mempunyai sayap seperti kami . Tetapi mereka mempunyai tangan & lidah yang panjang . Lidah mereka boleh membelit apa-apa saja . Tangan mereka sangat pantas ." Kata Pari-Pari Dewi pula .

"Mereka puak jahat ?" Soalku .

"Dulu mereka adalah puak yang baik . Tetapi setelah kejadian 100 tahun lalu semuanya berubah ." Kata Pari-Pari Puteri .

"Apa yang terjadi pada 100 tahun yang lalu ?" Soalku .

"Salah seorang raja dari puak itu mencintai Puteri Rama-Rama yang terkenal dengan kecantikkannya . Malangnya Puteri Rama-Rama tidak mencintai raja itu , baginda mencintai makhluk lain . Sehingga kini tidak ada yang tahu siapa yang Puteri Rama-Rama cintai ." Kata Pari-Pari Dewi .

"Maksudnya , Puteri Rama-Rama sudah tua lah ya ?" Soalku .

"Tidak , Puak Butterfly adalah salah satu puak yang sangat cantik . Umur mereka hanya akan bertambah setiap 10 tahun . Bayangkan , jika semasa 100 tahun lalu umur baginda Puteri Rama-Rama baru mencecah 16 tahun."Kata Pari-Pari Puteri pula .

" Ouh , maksudnya sekarang umur baginda baru mencecah 26 tahun la kan ?" Soalku .

"Ya .." Balas Pari-Pari Puteri sambil tersenyum .

"Mudanya ! Mesti cantikkan .." Aku tersenym memandang dua Pari-Pari dihadapanku .

"Sangat cantik . Sayapnya berwarna warni . Kalau kamu lelaki , pasti kamu akan jatuh cinta padanya ."Kata Pari-Pari Puteri .

"Bila saya boleh berjumpa dengannya ?" Soalku .

Thursday, November 4, 2010

KAYILAN

"Aku sudah ada GF baru , tak payah kau cari aku lagi lepas ni ."
"Tapi kenapa kau buat aku macam ni ?"
"Dia jauh lebih cantik , matang & baik dari kau."
"Jadi selama ni ?"
"Aku bosan dengan kau . Sudahlah , aku malas cakap banyak . Aku pergi dulu ."
"Tapi , tunggu !!" Ema menjerit memanggil BFnya .

Barsama tangisan dia berlalu dari situ . Sepanjang malam dia menangis . Akhirnya dia memberhentikan keretanya di sebuah taman . Bersama tangisan dia duduk di bawah sebatang pohon rimbun . Dia tunduk memeluk kedua lututnya sambil menghamburkan tangisan duka . Apabila dia mengangkat kepalanya , tiba-tiba ....

'Aku di mana ?' Bisik hatinya .
'Aku tidak pernah nampak tempat ini .' Jantungnya mulai berdegup kencang . Dia bangun dari tempat duduknya . Semakin pelik kerana dia terlihat sebuah kolam yang cantik bersinar pantulan cahaya bulan . Bulan penuh malam itu , seolah-olah hampir dengannya .
'Besarnya bulan !' Bisiknya . Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi seperti berbisik di sebalik daun.
"Siapa ?" Tanyanya sambil melihat kearah pokok besar yang mempunyai daun rimbun itu . Tiada jawapan . Dia terlihat dua cahaya . Satu berwarna merah jambu , satu lagi kekuninggan .
"Siapa ?" Laungnya lagi . Dia cuba untuk menghampiri pokok itu . Dia terdengar suara berbisik itu semakin kuat . Semasa dia mengangkat daun itu dia terlihat dua makhluk kecil berwarna kuning dan merah jambu . Mereka sedang membelakanginya sambil berbisik . Makhluk itu mempunyai sayap yang nipis berkilat seperti taburan glitter . Satu merah jambu satu lagi kuning keemasan . Tiba2 makhluk itu menoleh kearahnya . Cantik , comel , lawa ! Itulah yang pertama tafsiran yang dapat dia buat . Dengan muka terkejut , kedua2 makhluk itu menjerit .

"Keranapara diriara tiringuruk kiritara ? Karandara , Aradirindara tarakurut !" Kata makhluk berwarna merah jambu .
"Erentarah ! Tarapiri diriara maracaram barairik sarajara . Diriara seredarag bereseredirih ." Kata makluk berwarna kuning sambil memandang kearahku .
"Apa kamu cakap ni ? Saya tak faham ." Kataku .
"Diriara burukaran darariri sirinirilarah karandara ." Kata makhluk merah jambu lagi . Makhluk kuning itu menghulurkan tangannya . Aku menyambut tangannya yang kecil itu . Dia membawa ak ke arah kolam yang cantik itu . Dia membuat isyarat minum kearah ku . Aku minum air itu seperti yang dia suruh .
"Awak dah okey ?" Soalnya .
"Ya , sedikit segar ."Kataku . Tiba-tiba ...
"Eh , awak boleh bercakap seperti saya ?" Aku agak terkejut mendengar cara percakapannya .
"Sebenarnya awak yang bercakap seperti kami . Sebab awak telah minum air dari kolam itu ."Katanya sambil tersenyum . Makhluk berwarna merah jambu hanya diam sambil tersenyum .
"Nama beta Pari-pari Dewi . Ini adik beta , Pari-pari Puteri . Selamat datang ke dunia kami . Dunia Kayilan .
"Dunia Kayilan ? Dunia apa tu ?"Soalku .
"Dunia Kayilan adalah dunia magik . Semua yang ada di sini mempunyai keistimewaan tertentu . Kaum Pari-Pari mempunyai keistimewaan terbang tinggi , pantas dan bijak ." Kata Pari-pari Puteri .
"Mari ikut beta ke istana . Kamu nampak letih dan tidak bermaya . Kamu perlukan rehat yang cukup ." Kata Pari-pari Dewi sambil tersenyum . Tiba-tiba cahaya terang berwarna pelangi muncul dan sekelip mata saja aku dan dua pari-pari tadi berada di depan sebuah pokok yang besar dan rimbun . Pokok itu mempunyai banyak akar berjuntai .
"Makan daun ini ." Arah Pari-pari Dewi padaku . Lalu aku tanpa banyak cakap mengikut rahannya . Tiba-tiba badanku mengecil sama seperti mereka . Ada dua sayap kecil berwarna putih di belakangku .
"Saya seperti kamu ."Kataku . Mereka hanya tersenyum .
"Kamu harus kelihatan sama seperti kami . Jika tidak pasti Kanda Dewa akan marah kerana kami membawa kamu pulang ." Aku hanya tersenyum . Sambil cuba untuk terbang .
"Kamu belum boleh terbang . Kamu perlu berlatih dahulu . Kami akan mengajar kamu esok ."Kata Pari-pari Puteri . Mereka memegang tanganku dan membawaku terbang .

****************************

Saturday, October 30, 2010

Cerpen : Ikan Ohh Ikan

Kisahnya bermula begini .................... keluar awan2 dan si tukang cerita pandang ke atas dan diikuti si pendengar cerita .. kunun2 tengok juga isi awan tu .. hehehee



Pagi itu Si Nana berjalan2 di Pasar Tani . Dia tengok2 apa yang ada kena jual di sana . Ada bunga , makanan , minuman & ikan .. ehh , kejap . Ikan ?! Ohh , bukan ikan yang suda mati tu ekk .. Ni ikan yang masih hidup .. hehe .. wahh ! Comel ! bak kata kawan ku si Maya .. huh ! macam mana la dea boleh tau tu ikan comel ka tidak arr ..? hehe , Si Maya ja pandai menilai tuh .. Okeh2 , kembali ke cerita tadi . Adui ! Si tukang cerita melalut sudaa ! hehe , sambung2 . Si Nana pun tergera hati mau memiliki ikan2 itu . Dia pun beli ikan yang warna hitam yang matanya timbul macam pakai cermin mata . hehe .. Dia tanya sama Uncle Mutu , Si tukang jual ikan .. hehe



"Uncle ! Ini ikan berapa jual ?"

"15 saja ."

"Okeh2 , saya beli."Kata Si Nana , belum sampai 2 saat .."Uncle , saya beli sama itu tempat ikan . Yng kecil saja , RM 5 kan ?"

"Ya ya ya " kata Si uncle .

"Ini makanan ikan pun yaa "Katanya lagi .



Si Nana pun balik ke rumahnyaa .. Sampai di rumah ........



"Ma , Nana beli ikan ." Kata Si Nana sambil senyum2 .

"Eh , tiada benda lain lagi kau mau beli Na ?" Soal mamanya sambil muka berkerut2 .

"Comel Ma ikan ni ."Balas Si Nana lagi . 'Eh , kesian anakku . Ikan pun baginya comel .'



*******************************


Esoknya ...


"Ma , mana ikan Nana ?" Ikan Si Nana hilang !

"Eh , kau ni Na ! Bising ja pagi2 !"

"Mama goreng ka ikan Nana ?"

"Eh , banyak lagi ikan di pasar tu kalau mama mau goreng . Ikan kau tu kecil sangat ."Nana masih tidak puas hati . Dia pergi ke bilik abangnya Si Naim .


"Abang ! Bangun !"

"Ishh ! Kenapa ?"

"Mana ikan Nana ?"

"Entah , mana la abang tau ."

"Ehh ! Manaa ?!"

"Ehh ! Pegi la cari ! Mungkin Si Gemuk makan .." Si Nana pergi mencari Si Gemuk .


Dia keluar dari bilik abangnya . Dia nampak Si Gemuk tidur di sofa .


"Gemuk ! Bangun !" Si Nana panggil2 .

" Miawwww !"

"Mana ikan aku ?" Si Gemuk tengok Si Nana dengan muka bingung2 baru bangun tidur .


Si Nana , sedih gila sampai demam2 . Ikannya hilang selepas sehari dibeli . 'Sayang saja duit aku beli ikan tu . Rugi !!' Katanya dalam hati .


***********************************


Selepas 3 minggu ..


"Nanaa ..."

"Apa ?"

"Kau mau ikan ?"

"Mau !"
"Okeh2 , nanti abang bagi ."

"Sayang abang sangat2 !" Kata Si Nana sambil senyum2 .. Dalam hati 'Eh , baiknya abangku ..'


Petang itu , kawan Si Naim iaitu Si Alif datang . Dia membawa 2 ekor ikan , ikan yang sama dengan ikan Si Nana dulu . 'Ohh , mungkin abang suruh dea yang beli ikan baru untuk aku .' Kata Si Nana dalam hati . 'Nsem juga kawan abang ni arr .' Kata Si Nana . Hehe , ada hati tuu .. wakakaa ..
"Na , sini kau kejap ." Cepat2 Si Nana pegi tempat abangnya .
"Kenapa bang ?"
"Kau mau ikan kan ?"
"Yaa" Jawannya gembira .
"Nah , ikan kau ." Kata Si Alif sambil tersenyum . Si Nana senyum2 kambang . Hahahaa
"Ehh , kejap2 . Ikan aku ?" Sempat juga Si Nana dengar ayat tu . Si Alif senyum2 .
"Abang yang bagi ikan tu dekat dia ."
"Hah ?! Kenapa ? Hari tu abang cakap abang tidak tau . "
"Si Alif nii .." Belum habis ayatnya ........
"Nana , aku cinta kau . Aku sayang kau ." Nhaaa ! hahahaa , sadis punya lelaki . terus2 lg tu .. sabanr2 la ..
"Eh , kau ni . Bagus2 la sikit melamar adik aku tu !" Marah Si Naim . "Susah2 aku curi ikan tu tau !"
"Hah ? Bingung aku !"Kata Si Nana .
"Ehh , lambatnya adik aku !!"
"Aku ambil ikan kau . Maksudnya aku ambil hati kau . Aku bagi ikan kau balik sebab aku mahu kau gembira . Maksudnya aku datang untuk bagi kau kebahagiaan ."
"Ohh , jadi ?"
"Ya Allah ! Lembapnya adik aku !"
"Aku cinta kau . Aku mahu kau jadi ibu untuk anak-anak aku ." Huh ! ayat ciplak ! entah dari drama mana dia ambil ayat tu .
"Hah ! Macam tu la bakal adik ipar aku !" Si Nana masih diam .
"Nana , kau sudi ?" Tanya Si Alif sambil mempamirkan muka 10sen .
"Huh ! Langsung tidak romantis bakal laki aku !"Tiba2 Si Nana bersuara . "Orang lamar bawa bunga , kau melamar bagi ikan ?!" Si Naim ketawa sampai guling2 di lantai . Si Alif senyum2 .
********************************
Setahun kemudian ..
Nana & Alif sudah berkahwin . Si Naim sudah betunang . Ikan2 mereka sudah ada anak . Mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat . Si tukang cerita penat bercerita , awan2 pun pecah berkecai . Hehehe , habis sudah .. Sila bagi komen yaa :) Assalamualaikum .

Sunday, October 24, 2010

bulan

Malam ini ,
Aku berbisik lagi ,
Bulan ,
Aku mencintainya ,
Bulan ,
Aku merinduinya ,
Bulan ,
Aku sayang padanya ,
Bulan ,
Mengapa aku dia tinggalkan ?
Bulan ,
Mengapa dia pergi dariku ?
Bulan ,
Apakah aku yang bersalah ?
Bulan ,
Tolong beri aku jawapan !
Bulan ,
Sangat sukar untukku melupakannya .
Bulan ,
Malam ini aku berbisik lagi ,
Meluahkan rasa ngilu di hati ,
Mengabarkan padamu bahawa aku masih menanti .

30/10/2010
Kau Anugerah Ilhamku .

Saturday, October 23, 2010

Imbasan suatu pagi

Pagi itu ,
Aku termenung sendiri ,
Aku teringat kata-kata mu tadi ,
Apa benar kau menyayanginya ?
Apa benar kau miliknya ?
Aku bertanya pada diriku ,
Adakah aku bersalah ?
Adakah aku punca ini semua ?
Apa ini mahu mu ?
Apa ini takdir kita ?
Aku bingung sendiri ,
Aku menagis sendiri ,
Aku mulai sedar ,
Aku kini yakin ,
Bahawa ,
Kau bukan milikku lagi .

Anugerah Cintaku

Cinta ,
Kau adalah yang pertama ,
Kau adalah yang terakhir ,
Aku mencintaimu sepenuh hatiku ,
Aku menyayangimu seringgi langit itu ,
Aku merinduimu seluas lautan biru .

Sayang ,
Dirimu adalah nafasku ,
Dirimu adalah jantungku ,
Dirimu adalah semangatku ,
Dirimu adalah Hidupku .

Rindu ,
Aku merintih ,
Aku menangis ,
Aku berbisik ,
Aku ingin kau tahu bahawa ,
Aku adalah Cintamu .

Thursday, October 14, 2010

cinta kita 2

Aku melangkah ke dalam Banglo milik Auntie Aina yang diprenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik. Jantungku berdegup kencang seperti baru sahaja lari pecut 100 meter. Dengan mengenakan dress hitam dari People Republic, beg tangan warna sedondon dari Alfio Raldo serta high heels dari Pretty Stylish Girl. Aku melangkah dengan penuh anggun ke dalam taman buatan milik Auntie Aina yang terletak di belakang banglonya. Suasana taman itu sungguh damai. Dengan lampu-lampu berkelipan ditambah dengan hiasan belon di sana sini. Haruman daripada bunga-bunga yang ditanam di sekitar taman itu sungguh nyaman. Dari jauh aku ternampak Putri Hafizah serta beberapa orang rakan-rakannya. Aku menuju ke sekelompok remaja perempuan,salah seorang daripadanya ialah Tengku Risya Arisya anak kepada kawan papa, Tengku Syahril.

"Hai Syasya!"
"Hai Isya!"
"Syasya makin cantiklah !"Tengku Risya Arysya tersenyum memandangku.
"Isya laaaaaaaagi cantik!"Balasku sambil tersenyum.
"Isya datang seorang ?"
"Yaa , kenapa ?"Balasku.
"Ohh , manalah tahu datang dengan BF ?"Tengku Risya Arysya memandangku penuh makna.
"Syasya mana ada BF laa .."
"Eleh ! Syasya u memilih sangat !"Balasnya sambil tertawa.
"Bukan memilih , tapi belum ada yang berkenan di hati." Balasku ..
"Nanti kalau dah ada yang berkenan, bagi tahu la Isya yaa .."Aku hanya tersenyum memandang wajah jelitanya.

Tiba-tibaa .......

"Syasya !"Aku menoleh.
"Afiq !"Tanpa sedar mulutku lancar menyebut namanya. Afiq tersenyum memandangku. 'Arghh! Senyuman tu !' Hatiku bagai terbang melayang-layang. 'Comelnya diaa!!"Suara hati melonjak-lonjak gembira.

Sedang kami sedang asyik berbals senyuman......

"Oi ! Korang buat apa tu hah ?!"Suzana Elna memandangku dengan senyuman sinis.
"Hai Zana !" Afiq tersenyum menyapa Suzana Elna.
"Hai Sayang !" Afiq tersenyum meleret.
'Ish ! Gatal ! Menyampah aku !' Aku tersenyum memandang Suzana Elna dengan seribu satu perasaan benci.
"Syasya ! Afiq ! Zana !"Suara Putri Hafizah yang agak kuat itu menyelamatkan aku daripada dosa umpatan. Hehehee ..
"Yaaa ?!" Jawabku , Afiq dan Suzana Elna hanya memandang.
"Eh , jom la .. Buat apa korang kat sana tu ?"
"Oh , okey !" Aku , Afiq dan Suzana Elna hanya menuju ke arah Putri Hafizah.

Friday, July 30, 2010

cinta kita

'Huh ! Comelnya !'
"Syasya"Jawabku pendek.
"Syasya , Afiq minta maaf pasal tadi , Afiq tak sengaja , Afiq tak nampak Syasya" Afiq buat muka seposenya !
'Ish ! Gila ka apa budak ni ?! Tadi marah-marah orang ! Ni sibuk nak minta maaf !'
"Oh..tak apa. Afiq , Syasya pegi dulu. Kawan dah tunggu."Huh ! Sejak bila lagi aku jalan dengan kawan aku ?? Hehe .. Ni kes nak lari la ni .
"Syasya!"Huh! Gila btul Afiq ni ! betul-betul buat aku gelabah ! Comel !! Hehee , Suara dia .. Huhh ! Cair aku tau !!!
"Syasya?!"
"Hah ?!"Huh malunyaa !
"Kenapa tengok Afiq macam tu ? Afiq hensem ek ??"
'Huh ! Perasan !'
"Haha , tak ada apa-apa . Okeylah syasya jalan dulu" Aku terus pergi tanpa menoleh lagi.

Aku meneruskan perjalananku. Huh ! Sungguh aku katakan bahawa aku tersangat-sangatlah malu ! Bayangkan ! Orang yang banyak di UK tu tengok aku jatuh ! Malu btul aku ! Tapi Afiq tu cute juga kan . Boleh la jd BF ak ! hehehee , berangan pula aku ni !

"Syasya!" Huh ! Benci betul aku dengan suara sumbang yang mengganggu khayalan Afiq aku ni !
"Apa ?!" Aku menoleh ke belakang .
'Afiq !!!'
"Hai ! Tadi cakap nak jumpa kawan , mana kawan Syasya tu ?" Eee ! Harap muka ja cute ! Tapi ! Penyibuk betul laa !!
"Dia dah balik !"
"Ooo , kalau macam tu .. Jom Afiq belanja makan ..? Nak ??"Ishh ! Benci laa !
"Tak" Aku menuju ke sebuah kedai gula-gula dan membeli lilipop yang agak besar.
"Syasya , Syasya memang suka makan lolipop ?"
"Ishh ! Afiq ! Boleh tak kalau tak ganggu Syasya ?!" Marahku .
"Hurmm , Okey .. " Afiq terus pergi tanpa menoleh lagi .
'Huh ! Rasa bersalah la pula !' Suara hatiku berbisik . Lantas aku berpaling ke belakang. Hajat hati ingin memanggil Afiq . Tapi .. Afiq sudah hilang dari pandangan.
'Argh ! Lantaklah , bukan masalah aku pun !'
'Argh ! Tapi.. !" Suara hati berbisik lagi .


"Syasya !"Aku menoleh ke arah suara itu.
"Hi Zah !"Aku tersenyum memandang Putri Hafizah, anak kepada Auntie Aina BFF mummy. Putri Hafizah sebaya denganku . Dia juga merupakan teman kecilku suatu masa dahulu .
"Sya .. malam ni jangan lupa pergi rumah I tau !" Suara manja Putri Hafizah kedengaran lagi .
"Ada apa ?"
"Birthday party I la "
"Owh ya ? Syasya tak tahu pun"
"Mummy you lupa bg tau kot" Balasnya sambil tersenyum.
"Owh ya .. Okey ! Syasya pergi ."Ceria sungguh wajah manis Putri Hafizah kala itu.
"I pergi dulu ya Sya .. Sepupu I dah tunggu tu" Aku memandang ke arah lelaki yang dimaksutkan Putri Hafizah tadi .
'OMG ! Afiq !'

Sunday, July 4, 2010

Cinta kita

Suasana nyaman pagi ini membuat hati sesiapa saja tenang. Termasuklah aku , hurmm .. Pagi ini aku mengisi masaku dengan pergi membuang boring sambil membuat free show wajah comel aku ni di UK (Ujana Kewangan). Hehee .. Aku bertolak dari rumah kira-kira jam 9.00 pagi . Sambil memandu mini cooper pink aku yang sememangnya tersangat-sangatlah membuat orang jatuh tangga melihat ke'cute'tannya.. Hahaaa , ni la harta paling berharga dan paling disayangi olehku.. Hehee , aku sayang gila dengan mini cooper pink aku ni . Hampr 5 bulan aku bela mini cooper ni . Ni la bukti hasil titik peluh aku menjawab SPM dengan penuh gigih. Hehee , akhirnya mama dan papa belikan juga benda cute yang aku idam-idamkan ni .. Hehee ..

*****************************
Tepat jam 9.20 pagi aku sampai di UK. Yeahh! Aku bersiap sedia membuat free show !! Hehehee .. Dengan dress pink purple paras lutut dan dikenakan dengan selipar comel pink dgn reben pink besar di tengah-tengahnya , hasil pemberian mama minggu lalu . Aku kelihatan sungguh comel dan ceria . Hehehe .. Dengan selamba, aku Syasya Ameleya melangkah masuk ke dalam UK dengan penuh anggun .. Huhh , cutenya lelaki tu .. hehee .. Sedang aku asyik melihat lelaki tu .. Tiba-tiba...
"Oi ! Jalan guna mata la ! Jangan nak berangan !"Sepantas kilat ! aku dah terduduk di lantai UK .
"Adoii ! Sakitnyaa.."Aku bangun dengan muka berkerut-kerut menahan sakit.
"Hah ! Tu la , lain kali jalan guna mata ! Jangan nak berangan saja !"Eee ! Sakit telinga aku dengar suara sumbang lelaki tu ! Aku mengangkat muka , ingim melihat muka lelaki yang kurang belajar tu . Panas betul aku dengan lelaki tu .
'Opss , comelnyaaaa..!'Argh ! Suara hatiku mula bicara .
"Ehh , maaf ! Syasya tak sengaja !"Huh ! Apa kes ak baik sangat ni ? Aku lihat lelaki itu sedang ,mrenung wajah comel aku yang tengah merona pink ni .
"Ehh , tak apa .. kau ok ?"Huh ! Biar betul ?! Tiba-tiba baik dengana aku. Tadi bukan main garang lagi.Macam nak telan aku ja .
"Syasya ok. Syasya pergi dulu . Bye .."Huh , cari nahas kalau aku lama-lama dengan dia .
"Ehh , Syaaa , Syayaa !"Aku menoleh.
"Yaa ??"Dia menghampiriku.
"Saya Afiq"Afiq tersenyum sambil memandangku.

Friday, July 2, 2010

oh kamu ,
dlu kamu bilang kita akan sentiasa bersama ,
menyayangiku membuatkan kamu bahagia ,
tapi mengapa kamu tinggalkan ak ??
meninggalkan ku pada ssatku bahagia bersama kamu ,
meninggalkanku saat ak percaya kamu sayang ak ,
adakah ak menyakiti kamu ?
adakah ak hanya beban bagi kamu ?
oh kamu ,
maafkan ak ,
ak hanya manusia yang tidak sempurna ,
ak hanya insan yang tidak penting bagi kamu lg ,
ak tiada niat mahu mengganggumu ,
tapi ak mohon ,
jika benar kamu tidak menyayangiku lagi ,
tinggalkan ak !
anggap ak sudah mati dlm hidup kamu !
jangan kamu berkata apa2 tentang ak lagi !
ak mohon ,
pergilah ,
ak lepaskan kamu .