PARI-PARI P U T E R I

kamu ; mereka :)

Thursday, October 14, 2010

cinta kita 2

Aku melangkah ke dalam Banglo milik Auntie Aina yang diprenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik. Jantungku berdegup kencang seperti baru sahaja lari pecut 100 meter. Dengan mengenakan dress hitam dari People Republic, beg tangan warna sedondon dari Alfio Raldo serta high heels dari Pretty Stylish Girl. Aku melangkah dengan penuh anggun ke dalam taman buatan milik Auntie Aina yang terletak di belakang banglonya. Suasana taman itu sungguh damai. Dengan lampu-lampu berkelipan ditambah dengan hiasan belon di sana sini. Haruman daripada bunga-bunga yang ditanam di sekitar taman itu sungguh nyaman. Dari jauh aku ternampak Putri Hafizah serta beberapa orang rakan-rakannya. Aku menuju ke sekelompok remaja perempuan,salah seorang daripadanya ialah Tengku Risya Arisya anak kepada kawan papa, Tengku Syahril.

"Hai Syasya!"
"Hai Isya!"
"Syasya makin cantiklah !"Tengku Risya Arysya tersenyum memandangku.
"Isya laaaaaaaagi cantik!"Balasku sambil tersenyum.
"Isya datang seorang ?"
"Yaa , kenapa ?"Balasku.
"Ohh , manalah tahu datang dengan BF ?"Tengku Risya Arysya memandangku penuh makna.
"Syasya mana ada BF laa .."
"Eleh ! Syasya u memilih sangat !"Balasnya sambil tertawa.
"Bukan memilih , tapi belum ada yang berkenan di hati." Balasku ..
"Nanti kalau dah ada yang berkenan, bagi tahu la Isya yaa .."Aku hanya tersenyum memandang wajah jelitanya.

Tiba-tibaa .......

"Syasya !"Aku menoleh.
"Afiq !"Tanpa sedar mulutku lancar menyebut namanya. Afiq tersenyum memandangku. 'Arghh! Senyuman tu !' Hatiku bagai terbang melayang-layang. 'Comelnya diaa!!"Suara hati melonjak-lonjak gembira.

Sedang kami sedang asyik berbals senyuman......

"Oi ! Korang buat apa tu hah ?!"Suzana Elna memandangku dengan senyuman sinis.
"Hai Zana !" Afiq tersenyum menyapa Suzana Elna.
"Hai Sayang !" Afiq tersenyum meleret.
'Ish ! Gatal ! Menyampah aku !' Aku tersenyum memandang Suzana Elna dengan seribu satu perasaan benci.
"Syasya ! Afiq ! Zana !"Suara Putri Hafizah yang agak kuat itu menyelamatkan aku daripada dosa umpatan. Hehehee ..
"Yaaa ?!" Jawabku , Afiq dan Suzana Elna hanya memandang.
"Eh , jom la .. Buat apa korang kat sana tu ?"
"Oh , okey !" Aku , Afiq dan Suzana Elna hanya menuju ke arah Putri Hafizah.

No comments:

Post a Comment